Fikir sejenak, kita memang banyak melakukan dosa. meragui kekuasaanNya, menolak semua takdirNya. kali ni saya rasa saya ni memang bodoh. manusia yang sangat bodoh. orang cakap, too bad! tapi, saya tak pernah lupa tentang minat saya dalam hati sejak kecil lagi. nak tau apa?
1. Melihat awan.
2. Melihat bulan.
3. Merenung keindahan pantai.
4. sukakan angin bertiup kencang
5. melihat kecantikan cahaya matahari.
6. Melihat matahari terbenam ke bawah bumi.
kekuasaan Allah yang itu memang salah satu daripada habits saya. tak tak tipu. sejujurnya saya katakan ni. acap kali bila berpeluang melihat semua itu, serious saya taknak lepaskan peluang untuk melihat. sebab itulah, saya suka bercuti di pantai-pantai. kadang2 saya suka melihat pohon menghijau subur bak sempurnanya dia membesar. seperti kita. sempurna kita dibesarkan di bumi ini. tapi, kenapa kita tak pernah bersyukur?
but guys, actually saya menulis post ini kerana saya terlalu teruja + tertarik dengan persona kekusaan Allah, maha Pencipta alam semesta. waktu malam Isnin iaitu 18/7/2011, saya telah terpandangkan bulan purnama yang besar dan sangat cerah. yang lebih menghiburkan hati saya, bulan itu seperti mengikut saya ke mana saya pergi. dengan harapan, hidup saya sentiasa diterangi bulan itu.
apa yang korang rasakan kalau sebelum ni korang tak pernah tengok alam semesta sehebat itu, tiba2 korang terlihat dengan sebenar? pasti teruja, kan? sangat teruja!
tiba2 abang saya memecah tembok kegembiraan saya melihat bulan itu.
Abang saya: Kenapa kau suka sangat dengan bulan? asal jumpa bulan cantek cikit, mesti batak nak tengok.
Saya: biarlah. bulan tu cantek tau.
Abang saya: apa yang cantek?
Saya: Bulan tu selalu menerangi bumi waktu malam. dia yang cerahkan bumi. dia jugaklah keajaiban permandangan bumi pada waktu malam. sebab tu lah aku suka tengok bulan. cahaya dia pun cantek.
Abang saya: Yelah. :p
Itulah apa yang saya lihat pada bulan. saya sayangkan bulan. daripada dulu itulah habits saya. kadang2, habits saya tu membuatkan saya terlihat bermacammacam bentuk pada ruangan langit yang dibentuk oleh awan yang tebal. Kebanyakkan nya, saya byak nampak kalimah ALLAH dalam jawi. ajaib nya kuasa Allah! tak terhitungnya kehebatan yang ada pada manusia.
manusia saja yang fikir dirinya hebat, sampai lupa ada lagi yang lebih hebat daripada itu. kita manusia tak sempurna, yang sempurna, tuuu.. kat atas tu. Allah maha pencipta segalanya yang ada di bumi ini.
Sorrylah kalau post kali ni saya agak keislaman. saya memang jahil, tapi tentang keajaiban alam semesta, itu bukan bahan permainan saya. sesungguhnya, kejaiban Allah lagi hebat daripada magic dan apa saja yang kita buat.
Saya harap korang semua perhatikan keindahan sekeliling bumi kita. Pandang dengan mata hati. Kerana angin, kita sejuk. Kerana hujan, tumbuhan menghijau. Kerana bulan, malam menjadi cerah. Kerana matahari, siang menjadi terang. Tetapi tanpa alam semesta, bumi tidak akan mengalami apa keadaan sekali pun. syukurlah kerana masih ada alam semesta untuk menceriakan suasana di bumi ini. anggaplah itu satu anugerah buat kita sebagai manusia yang inginkan kesempurnaan.
Saya selalu perhatikan keadaan sekeliling saya. Minat saya pada penulisan mencurahcurah. Kalau saya melihat alam semesta, tercetus idea yang ajaib di minda saya. sebab itulah saya selalu gembira bila saya dapat melihat keajaiban Allah.
Akhir dari saya, saya mengharapkan, alam semesta sentiasa memberikan saya inspirasi untuk penulisan saya suatu hari nanti. Hehe, Insya-Allah.
Terima Kasih Ya Allah!
Love, daripada pencinta alam semesta,
Lynn Razak. :)


No comments:
Post a Comment