Dengan nafas yang baru dan mengucapkan lafaz Bismillahnirrahmanirrahim, dengan hidup yang baru dan berlainan dari yang sebelum ini. saya nekad dan buat saya berfikir jauh lebih ke hadapan. Tak lupa pada Maha Pencipta, buat saya terus bersemangat untuk menjalani kehidupanku yang baru bermula.
Perjalanan hidupku sungguh berliku dengan dugaan yang datang menghempap dan menimpa di atas bebanku. Setiap hari ditemani linangan air mata dan kemurungan yang telah melanda diriku. saya harus maju ke hadapan. YA, saya harus nekad itu! saya akui saya telah salah memilih perjalanan hidup dengan melupakan Maha Pencipta dan melupakan segalanya, sekarang saya cuba untuk jadi yang terbaik untuk kau, saya dan semua orang di sekelilingku. saya berharap dengan perubahan ini dapat menyekat fikiran semua orang yang menganggap saya si bodoh yang tak tahu masa hadapan.
Dengan nasihat semua orang, Insya-ALLAH akan menjadi pedoman hidupku sepanjang masa walau apapun jua keadaan yang melanda diriku. Kecuaian dan kelalaian saya selama ini cukuplah membuatkan saya sengsara dengan tindakan sendiri yang takpernah berubah. apaapa lagi, untuk Maha Pencipta yang tak pernah lupa tentang tugasannya untuk memerhatikan saya selama saya berada di atas di duniaNya ini.
Alhamdulillah, saya boleh laluinya dengan penuh redha walaupun pada mulanya iman saya sedikit goyah dan mendengar kata hati yang jahat. tanpa fikiran yang panjang, saya hampir memakan ubat Antibiotik dan ubat Tahan Sakit walaupun saya tiada mengalami apaapa komplikasi kesihatan pun. gila kan. menyelami jiwa bersih saya, saya mendengar bisikan halus yang melarang saya berbuat demikian. dengan mengucap dihati, saya kembali teringat kepada Maha Pencipta. betapa saya bodoh sekali kerana berbuat demikian. saya tahu ini ujian untuk saya. banyak lagi yang saya perlu belajar dalam dunia ni. Hai Lynn, sabarlah wahai kamu. Ingatlah, kebahagiaan itu sentiasa di sisimu. Itulah azam dan tekad yang berada di hati saya sejak dulu lagi.
saya ingin menjadi Nurshazlin yang dulu. yang penuh ceria diwajahnya. Namun kerana dugaan yang berulang ini, membuatkan saya menjadi diri saya yang baru. saya tak menerangkan apaapa yang benar kepada parents, malah saya cuba untuk berubah. ya, berubah demi masa hadapan!
dengan ucapan yang serba ringkas ini, saya sekali lagi memohon maaf atas kesalahanku selama ini. saya harap anda semua memaafkan diri ini dan mendoakan yang terbaik untuk peperiksaan besar, SPMkuu. AMIN. :)


No comments:
Post a Comment